Jumpa hantu, hampir maut panjat gunung demi kumpul derma - Part 1
Published on 20 Jan, 2023
  Share

Kesedaran ramai terhadap nasib bekas banduan sepertinya semakin meningkat.

Oleh itu bekas anggota kongsi gelap yang pernah dipenjara, Encik Andyn Abd Kadir, 37 tahun, merancang untuk mengumpul dana bagi dua pertubuhan yang membantu bekas pesalah melalui kehidupan seperti masyarakat lain, iaitu Khidmat Kaunseling Muslim (MCS) dan Khidmat Masyarakat HCSA.

Caranya: Dengan mendaki gunung dan sasarannya ialah mengumpul $200,000 untuk diagih kepada kededua pertubuhan itu.

Inisiatif yang diberi nama 'Climbing For Good' itu merupakan usahanya sendiri.

Namun setiap gunung yang didaki pasti ada cabarannya. 

Ini telah dikongsi dengan lebih mendalam oleh Encik Andyn dalam #NoTapis bersama editor podcast, Shahida Sarhid.