"Jangan bina istana daripada air mata wanita lain...."
Published on 27 Jan, 2023
Share
Para suami yang mempunyai niat untuk kahwin dua di luar negara tanpa pengetahuan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM), perlu ketahui bahawa sijil pernikahan yang diperolehi daripada luar negara itu tidak diterima oleh ROMM di sini.
Ini yang dikongsi peguam mapan, Encik Abdul Rohim Sarip, yang juga pemilik firma guaman, A. Rohim Noor Lila LLP.
Dalam #NoTapis kali ini, beliau dan naib kadi, Ustaz Hidayat Ismail membincangkan dengan lebih lanjut tentang isu poligami dan bagaimana kesannya di Singapura ini.
Topik tersebut menjadi perbualan hangat warganet menyusuli kes rumah tangga pengarah/pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah selepas Syamsul memuat naik gambar beliau bernikah dengan Ira Kazar di Thailand baru-baru ini.