Bola Sepak SG : Di mana silapnya?
Published on 14 Jan, 2023
  Share

Rombak seluruh skuad, berikan suntikan bakat baru sambil lupakan kejayaan jangka masa pendek demi kejayaan yang lebih berkekalan.

Persembahan hambar Singapura di Piala AFF 2022 baru-baru ini, di mana pasukan Singa disingkirkan oleh seteru tradisi Malaysia selepas tewas 1-4 dalam peringkat kumpulan, dikritik hebat peminat sekali gus menimbulkan seribu satu persoalan mengenai keadaan bola sepak negara.

Bekas kapten Singapura, Aide Iskandar,  bekas jurulatih skuad nasional, Jita Singh dan bekas pemain midfield Singapura, Rafi Ali membincangkan isu ini dengan lebih mendalam dalam episod terkini #NoTapis: Extra Time bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim.