Ronaldo disingkir MU, ke mana arah tuju GOAT selepas Piala Dunia?
Published on 24 Nov, 2022
  Share
Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo, akan meninggalkan kelab Manchester United dengan segera. Keputusan itu adalah akibat satu temuramah kontroversial di mana bintang berusia 37 tahun itu mengkritik kelab dan mengatakan secara terbuka bahawa beliau "tidak menghormati" pengurus United, Erik ten Hag. Dengan keputusan itu, ke kelab mana wajar Ronaldo tuju? Apakah kesannya kepada Portugal dalam Piala Dunia? #NoTapis mengupas isu ini bersama Penolong Jurulatih Syed Azmir dan Pemain Tanjong Pagar United, Faritz Hameed. Para tetamu juga akan memberikan pandangan mereka mengenai perlawanan akan datang termasuk ;  Sepanyol vs Germany  Brazil vs Switzerland Portugal vs Uruguay